Kelas Asas Ict Microsoft Office Powerpoint & Soft Skill
22 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 dan 21 July 2017 (01:30 PM – 05:00 PM) yang lepas, Pusat Internet (PI) Sibujaya mengadakan Kelas Asas ICT Microsoft Office Powerpoint dan Softskill di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 6 orang peserta yang terlibat dengan kelas ini. Peserta didedahkan mengenai Pengenalan kepada Lembaran Microsoft Office Powerpoint 2016. Menaip, menyimpan dan membuka semula hasil kerja dalam format Microsoft Office Powerpoint 2016 juga asas kemahiran membuat slide dan pembentangan hasil kerja dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.
Melalui kelas ini, diharap para peserta akan lebih tahu kepentingan dan penggunaan MS Powerpoint serta dapat membezakan penggunaan Microsoft Word dan Excel pada masa yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: